Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Pada perjumpaan hari ini, Kelab 1 Malaysia Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri telah dikunjungi oleh Pegawai Jabatan Penerangan Miri, iaitu saudara Encik Azami bin Bujang. Dalam kunjungan ini, beliau telah menyampaikan sebuah taklimat ringkas yang bertajuk "Kelab 1 Malaysia".
Dalam tayangan tersebut, beliau telah memperkenalkan sejarah Kelab Setia, objektif dan matlamat penubuhan kelab ini serta beberapa cadangan aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang tahun. Beliau juga telah memberi saranan kepada kami bahawa suatu Carta GAN boleh dibina untuk memudahkan penyusunan aktiviti sepanjang tahun.
Beliau juga berasa bangga kerana Kelab 1 Malaysia, Kolej TDTH Bujang, Miri adalah kelab pertama yang berjaya membangunkan laman sesawang mereka sendiri. Beliau menyokong perkara tersebut dan menyarankan agar laman web tersebut terus dibangun untuk memudahkan para pengunjung mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab kami.
Pihak kami telah memberi satu cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan dan mengambil gambar berkumpulan untuk di muatnaik ke dalam galeri laman sesawang tersebut.
Tahniah dan syabas!
No comments:
Post a Comment