//MAKLUMAN// Perjumpaan ke-11 (6 Mei 2015): Aktiviti Jualan Amal untuk mengutip dana bagi aktiviti tahunan Kelab 1 Malaysia akan diadakan di Koridor Sekolah mulai jam 2 petang hingga 3:15 petang. Semua pelajar dijemput ke gerai kami untuk membeli dan menikmati juadah yang disediakan! TERKINI! Aktiviti Pilihanraya untuk Pengerusi Kelab 1 Malaysia, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri. | Perjumpaan ke-12 (18 Jun 2015): Program Kolaborasi Nasional antara Kelab 1 Malaysia, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri dan Kelab 1 Malaysia, SMK Putrajaya Presint 8(I), Putrajaya. Penglibatan: semua pelajar Kelab 1 Malaysia, Kolej TDTH Bujang, Miri dan guru-guru penasihat. //MAKLUMAN//

22 Jan 2015

Minggu 1 - Mesyuarat Agong Tahunan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Pada tarikh 22 Januari 2015 bertempat di Laman Iqra, Kelab 1 Malaysia telah mengadakan perjumpaan pertama mereka pada tahun 2015 di tapak tersebut. Dalam perjumpaan tersebut, sesi suai kenal telah diadakan dan beberapa ahli baharu telah turut serta iaitu Gary, Charlton, Kimberly, Emily, Dayana, Aida, Zurlaika, Pamela dan Jessica. Pelajar-pelajar Tingkatan 1 sedang menghadiri program orientasi mereka dan tidak berkesempatan untuk mengikuti perjumpaan ini.

Dalam perjumpaan ini juga, pemilihan jawatankuasa induk telah dilaksanakan, berikut merupakan keputusan akhir dalam pemilihan tersebut:

PENGERUSI: Abdul Malik Ridhwan
TIMBALAN PENGERUSI: Aidil Iqmal
SETIAUSAHA: Kimberly
TIMBALAN SETIAUSAHA: Dayana Nazira
BENDAHARI: Pamela Ubong
TIMBALAN BENDAHARI: Charlton
AJK Tingkatan juga telah dipilih pada pemilihan tersebut. Tahniah kepada yang mendapat kedudukan tersebut dan semoga dapat melakukan tugas dengan lebih komited.

Perbincangan tentang aktiviti tahunan juga telah diadakan dan laporan bagi perjumpaan hari tersebut telah direkod dan dimasukkan ke dalam fail Ko-Kurikulum.

Sekian, terima kasih.
- Setiausaha

No comments:

Post a Comment