Kelab 1 Malaysia, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
merupakan salah satu kelab yang telah dirasmikan oleh pengetua Kolej pada tahun
2011. Selain daripada memupuk semangat cinta akan negara kita, ia juga
bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar dalam bentuk pengucapan awam serta
pementasan teater seperti sketsa serta nyanyian secara berkumpulan.
Antara
pencapaian yang telah diraih dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh
pelajar-pelajar Kelab 1 Malaysia, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri
ialah:
- Pementasan Teater Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2012 dan 2013 – meraih tempat kedua.
- Pementasan Teater Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2014 – meraih saguhati.
- Program Khemah Kerja Kelab 1 Malaysia 2014 dan 2015
- Program Riang Ria Berinformasi Komuniti 1 Malaysia, Kampung Pulau Melayu dan Kelab 1 Malaysia, Sekolah-sekolah di Miri – menghantar 20 orang wakil.
- Mengadakan kolaborasi pendidikan antara K1M, Kolej TDTH Bujang, Miri dan K1M, SMK Chung Hua, Miri
- Lawatan Integrasi Ledang-Miri-Brunei 2013 – Kolej TDTH Bujang menjadi tapak lawatan oleh K1M, SMK Ledang, Johor.
Penglibatan pelajar Kelab 1 Malaysia Kolej
TDTH Bujang, Miri dalam pelbagai aktiviti ini bertujuan untuk membina serta mengembangkan
potensi diri pelajar, menyemai rasa cinta tehadap negara, kecemerlangan
kokurikulum, melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh serta
menjadi generasi yang mampu menerajui negara pada masa akan datang.