Pada hari ini, ahli kelab 1 Malaysia telah menjalankan sebuah aktiviti yang diberi nama "Bingo Kenegaraan". 12 daripada 16 pelajar telah hadir pada perjumpaan hari ini dan beberapa pelajar tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang munasabah.
Untuk pengetahuan pembaca, secara umumnya permainan ini mirip seperti permainan bingo yang lama di mana juruacara akan memilih nombor dan menyebutnya, lalu peserta akan memangkah nombor yang telah disebut. Mana-mana pelajar yang mendapat 5 garis "strike" akan menjadi pemenang. Namun, bagi permainan kali ini, ia telah dinaikkan kepada satu aras yang lebih mencabar di mana pelajar perlu menjawab soalan yang dikemukakan sekiranya ingin memangkah nombor tersebut. Ia seperti:-
PILIH NOMBOR --- NOMBOR DIUMUM --- JAWAB SOALAN - KALAU BETUL, PANGKAH // KALAU SALAH, TIDAK BOLEH PANGKAH DAN NOMBOR TERBATALMemandangkan ia sukar, bagi 2 pelajar yang mendapat "Strike" terbanyak atau 5 strike, mereka akan diberi hadiah iaitu sebalang coklat.
Cikgu Angelina telah merasmikan pemilihan nombor bagi pusingan pertama, kesemua mereka dapat menjawab soalan tersebut. Namun, semakin dalam permainan tersebut, semakin mencabar soalan yang dikemukakan.
Permainan tamat tepat jam 3:25 petang dan pemenangnya ialah Emiely dan Pamela. Tahniah diucapkan!
Laporan aktiviti telah dimasukkan ke dalam fail dan gambar telah diambil dan akan dimuatnaik ke dalam blog.
P/S: Soalan yang diajukan adalah berunsur kenegaraan dan jenaka.
Terima kasih.
- Setiausaha
No comments:
Post a Comment