Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Pada perjumpaan hari ini, Kelab 1 Malaysia Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri telah dikunjungi oleh Pegawai Jabatan Penerangan Miri, iaitu saudara Encik Azami bin Bujang. Dalam kunjungan ini, beliau telah menyampaikan sebuah taklimat ringkas yang bertajuk "Kelab 1 Malaysia".
Dalam tayangan tersebut, beliau telah memperkenalkan sejarah Kelab Setia, objektif dan matlamat penubuhan kelab ini serta beberapa cadangan aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang tahun. Beliau juga telah memberi saranan kepada kami bahawa suatu Carta GAN boleh dibina untuk memudahkan penyusunan aktiviti sepanjang tahun.
Beliau juga berasa bangga kerana Kelab 1 Malaysia, Kolej TDTH Bujang, Miri adalah kelab pertama yang berjaya membangunkan laman sesawang mereka sendiri. Beliau menyokong perkara tersebut dan menyarankan agar laman web tersebut terus dibangun untuk memudahkan para pengunjung mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab kami.
Pihak kami telah memberi satu cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan dan mengambil gambar berkumpulan untuk di muatnaik ke dalam galeri laman sesawang tersebut.
Tahniah dan syabas!
29 Jan 2015
22 Jan 2015
Minggu 1 - Mesyuarat Agong Tahunan
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Pada tarikh 22 Januari 2015 bertempat di Laman Iqra, Kelab 1 Malaysia telah mengadakan perjumpaan pertama mereka pada tahun 2015 di tapak tersebut. Dalam perjumpaan tersebut, sesi suai kenal telah diadakan dan beberapa ahli baharu telah turut serta iaitu Gary, Charlton, Kimberly, Emily, Dayana, Aida, Zurlaika, Pamela dan Jessica. Pelajar-pelajar Tingkatan 1 sedang menghadiri program orientasi mereka dan tidak berkesempatan untuk mengikuti perjumpaan ini.
Dalam perjumpaan ini juga, pemilihan jawatankuasa induk telah dilaksanakan, berikut merupakan keputusan akhir dalam pemilihan tersebut:
Perbincangan tentang aktiviti tahunan juga telah diadakan dan laporan bagi perjumpaan hari tersebut telah direkod dan dimasukkan ke dalam fail Ko-Kurikulum.
Sekian, terima kasih.
- Setiausaha

PENGERUSI: Abdul Malik RidhwanAJK Tingkatan juga telah dipilih pada pemilihan tersebut. Tahniah kepada yang mendapat kedudukan tersebut dan semoga dapat melakukan tugas dengan lebih komited.
TIMBALAN PENGERUSI: Aidil Iqmal
SETIAUSAHA: Kimberly
TIMBALAN SETIAUSAHA: Dayana Nazira
BENDAHARI: Pamela Ubong
TIMBALAN BENDAHARI: Charlton
Perbincangan tentang aktiviti tahunan juga telah diadakan dan laporan bagi perjumpaan hari tersebut telah direkod dan dimasukkan ke dalam fail Ko-Kurikulum.
Sekian, terima kasih.
- Setiausaha
1 Jan 2015
Selamat Datang
Selamat datang ke laman sesawang Kelab 1Malaysia, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri. Anda akan dapat melihat update sepanjang aktiviti yang berlaku di dalam kelab kami. Semoga memperoleh manfaat dan selamat membaca!
- Admin
- Admin
Subscribe to:
Posts (Atom)