//MAKLUMAN// Perjumpaan ke-11 (6 Mei 2015): Aktiviti Jualan Amal untuk mengutip dana bagi aktiviti tahunan Kelab 1 Malaysia akan diadakan di Koridor Sekolah mulai jam 2 petang hingga 3:15 petang. Semua pelajar dijemput ke gerai kami untuk membeli dan menikmati juadah yang disediakan! TERKINI! Aktiviti Pilihanraya untuk Pengerusi Kelab 1 Malaysia, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri. | Perjumpaan ke-12 (18 Jun 2015): Program Kolaborasi Nasional antara Kelab 1 Malaysia, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri dan Kelab 1 Malaysia, SMK Putrajaya Presint 8(I), Putrajaya. Penglibatan: semua pelajar Kelab 1 Malaysia, Kolej TDTH Bujang, Miri dan guru-guru penasihat. //MAKLUMAN//

26 Mar 2015

Minggu 6 - Bingo Kenegaraan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Pada hari ini, ahli kelab 1 Malaysia telah menjalankan sebuah aktiviti yang diberi nama "Bingo Kenegaraan". 12 daripada 16 pelajar telah hadir pada perjumpaan hari ini dan beberapa pelajar tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang munasabah.

Untuk pengetahuan pembaca, secara umumnya permainan ini mirip seperti permainan bingo yang lama di mana juruacara akan memilih nombor dan menyebutnya, lalu peserta akan memangkah nombor yang telah disebut. Mana-mana pelajar yang mendapat 5 garis "strike" akan menjadi pemenang. Namun, bagi permainan kali ini, ia telah dinaikkan kepada satu aras yang lebih mencabar di mana pelajar perlu menjawab soalan yang dikemukakan sekiranya ingin memangkah nombor tersebut. Ia seperti:-

PILIH NOMBOR --- NOMBOR DIUMUM --- JAWAB SOALAN  - KALAU BETUL, PANGKAH // KALAU SALAH, TIDAK BOLEH PANGKAH DAN NOMBOR TERBATAL
Memandangkan ia sukar, bagi 2 pelajar yang mendapat "Strike" terbanyak atau 5 strike, mereka akan diberi hadiah iaitu sebalang coklat.

Cikgu Angelina telah merasmikan pemilihan nombor bagi pusingan pertama, kesemua mereka dapat menjawab soalan tersebut. Namun, semakin dalam permainan tersebut, semakin mencabar soalan yang dikemukakan.

Permainan tamat tepat jam 3:25 petang dan pemenangnya ialah Emiely dan Pamela. Tahniah diucapkan!

Laporan aktiviti telah dimasukkan ke dalam fail dan gambar telah diambil dan akan dimuatnaik ke dalam blog.

P/S: Soalan yang diajukan adalah berunsur kenegaraan dan jenaka.

Terima kasih.
- Setiausaha